Thursday, December 24, 2009

Fantasi Cinta - Episod 4

Pagi itu Hani mengenakan selendang biru pemberian Adam. Dia bersiap awal kerana ini adalah hari pertama dia mula bekerja di syarikat AD’MA Golden Company. Bukannya papa Hani tidak menawarkan jawatan di syarikat milik keluarga mereka tetapi anak gadisnya itu mahu berdikari dan belajar dari bawah sebelum mengambil alih jawatan di syarikat mereka sendiri.

Daddy rasa cadangan ni patut diusulkan dalam mesyuarat nanti, jelas Tan Sri Mokhtar kepada anaknya. Ketika itu Hani sedang mencari bilik Ketua Pengarah. Dia sempat melirik selendangnya ketika melalui cermin bilik tersebut. Hani berhenti dan membetulkan selendangnya yang sedikit senget. Dia tidak tahu sebenarnya ada orang yang melihat tingkah lakunya dari dalam bilik tersebut. Selesai merapikan selendangnya Hani mengetuk pintu bilik itu. Adam Danial Tan Sri Mokhtar. Nama itu tertera di pintu di hadapannya. Hani tergamam.
Masuk, Tan Sri Mokhtar memberi arahan..Dia tersentak dan membuka pintu. Orang pertama yang dilihatnya adalah Adam Daniel. Adam duduk di kerusi ketua pengarah bersama Tan Sri Mokhtar di hadapannya. Adam Daniel adalah anak ke dua Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Azizah. Anak sulung mereka, kakak Adam, Anis Danisya kini menetap di New York selepas kematian suaminya dalam kemalangan jalan raya. Adam satu-satunya harapan keluarga untuk menguruskan syarikat keluarga mereka.

Am, kenalkan ni Hani Umairah. Daddy lantik dia jadi setiausaha Am. Hani menelan air liur. Dia masih kaku. Tidak percaya apa yang dilihatnya saat ini. Pantas saja selama ini Adam merahsiakan latar belakangnya. Dia hanya menyangka Adam pemuda biasa yang sederhana latar belakangnya. Ternyata Adam Daniel adalah pewaris kepada AD’MA Golden Company. Hani sedikit kecewa kerana Adam tidak memberitahunye terlebih dulu. Daddy ada meeting, kita jumpa malam nanti, kata Tan Sri Mokhtar sambil keluar dari bilik anaknya itu. Lamunan Hani terhenti. Dia cepat-cepat meletakkan fail di atas meja Adam dan ingin segera keluar. Adam sempat menahan Hani. Adam melihat wajah ayu gadis itu yang cuba melarikan pandangan matanya. Adam minta maaf, Adam tahu Hani marah sebab Adam tak pernah beritahu Hani sebelum ni, ujar Adam lembut sambil memegang bahu Hani. Kenapa Adam rahsiakan daripada Hani?soal Hani. Adam tak bermaksud pun nak buat macam tu. Adam tak ada niat apa-apa. Adam nak Hani terima Adam seadanya. Dia berusaha memujuk buah hati kesayangan itu. Hani mengangguk paham. Adam tersenyum.

Baiklah, oleh sebab Hani dah jadi setiausaha Adam, so beratlah sikit tanggungjawabnya, ujar Adam cuba menakutkan Hani. Two in one. Adam tertawa. Hani paham maksud pemuda itu. Setiausaha dan kekasih. Hani mencebikkan bibirnya. Adam geli hati melihat reaksi muka yang comel itu. Hatinya tenang melihat keayuan gadis itu memakai selendang biru pemberiannya kelmarin. Dia tergelak sendiri mengingatkan peristiwa ketika Hani membetulkan selendang di depan cermin biliknya itu. Aduh, Adam menjerit kecil apabila satu cubitan hinggap di lengannya. Berangan yang tak elok lah tu, kata Hani sambil meluru keluar dari bilik Adam. Adam ketawa sendiri dengan telatah buah hatinya itu. Dia meneruskan kerjanya.

Hari-hari di pejabat berjalan seperti biasa. Hubungan Hani dan Adam semakin mekar. Tan Sri Mokhtar juga sudah maklum dengan hubungan mereka. Dia gembira kerana gadis yang baik budi pekerti dan berdisiplin seperti Hani berjaya merebut hati anak terunanya itu. Tan Sri juga menyimpan hasrat untuk melihat mereka bersatu.

Petang itu Hani sendirian di pusat membeli- belah. Dia ingin mencari kain pasang untuk dipadankan dengan selendang pemberian Adam. Adam tidak dapat menemani Hani kerana Tan Sri Mokhtar meminta Adam mengikutnya ke kelab golf. Butik Al-Hani menarik perhatian gadis itu. Sepasang kain sutera berwarna putih dan bermotifkan corak bunga biru menarik perhatiannya. Nama butik itu juga turut mengundangnya untuk menjenguk ke dalam kedai itu. Sedang asyik dia melihat kain sutera putih itu, tiba-tiba seorang jejaka menghampirinya. Hani tidak menghiraukan kerana menyangka pembantu di butik itu. Erm..saya nak..Hani berkata sambil menoleh ke arah lelaki tersebut. Lidahnya kelu. Alif Haikal. Ya. Pemuda itu berdiri tepat di depannya. Hani tidak sempat menyudahkan ayatnya. Lantas dia meluru keluar dari kedai itu. Alif cuba mengejar tetapi dengan keadaan sesak di pusat membeli-belah tersebut menyukarkannya untuk mencari Hani. Maklum sahaja hujung minggu , sudah tentu ramai pengunjung di yang datang. Alif hampa. Dia mahu menerangkan hal yang sebenar kepada Hani.

Fuh, lega. Hani menghembuskan hela nafasnya. Dia nampak kelibat Alif  mencarinya di kedai berhampiran. Tapi dia lebih dahulu bersembunyi di kedai perhiasan Az’Tar. Banyak barang-barang perhiasan wanita di dalam kedai itu. Tiba-tiba bahu Hani ditepuk lembut. Hani tersentak. Seorang wanita 40-an, berwajah kacukan Cina yang bertudung ayu senyum memandangnya. Dari tadi Auntie tengok anak ni terhendap-hendap ke luar. Macam sembunyi dari seseorang. Lembut pertanyaan wanita itu. Hani tunduk. Maafkan saya. Saya terpaksa sembunyi dekat sini. Saya tak nak jumpa lelaki tu lagi. Hani menerangkan situasinya. Wanita itu mengajak Hani duduk di meja penjuru di kedainya itu. Tak apalah, Auntie tak kisah. Auntie paham masalah orang muda. Lagipun mesti kamu ada alasan tersendiri kan, soal wanita itu. Hani hanya mengangguk. Haninya memuji kebaikan wanita itu. Teringat mamanya di rumah. Persis seperti mama. Tutur katanya lembut menyentuh hati. Wajahnya tenang putih bersih. Mereka berbual mesra. Sejurus selepas itu, Hani meminta izin untuk pulang.

1 comment: