Wednesday, December 23, 2009

UntukMU




















Sayang..
Hari berganti hari
Waktu berganti waktu
Puas sudah aku mencari
Sehingga kini aku buntu

Cinta datang dan pergi
Rindu hadir dan berlalu
Hatiku resah diulit mimpi
Sukar melupakan kenangan lalu

Sayang..
Aku masih mencari jawapan pasti
Adakah cinta ini masih untukmu
Perlukah hati ini terbuka buatmu
Haruskah jiwa yang kosong ini menanti

Kau pergi saat cinta itu mekar
Kau hilang tika aku perlu
Kasih yang kau ukir
Kini pudar seiring waktu

Sayang...
Andai cinta itu bukan buatku
Andai hatimu bukan untukku
Relakanlah semua itu
Kerna itu y terbaik buat kita

Aku terima suratan takdir
Aku sedar hakikat cinta
Biar masa y menentukan segala
Kerana cinta bukan milik kita



No comments:

Post a Comment