Sunday, December 20, 2009

Fantasi Cinta - Episod 2

Oi Am!! Fazli menepuk belakang Adam. Adam tersentak dari lamunan. Arghh...!! Kenapa la aku lupa nak tanya nama dia tadi..nama aku pun aku x sempat nak kenalkan,ish..bodoh betul la aku ni, keluh Adam. Kau ni kenapa, aku terlambat sikit je kau dah sawan macam orang gila, tanya Fazli. Tadi masa aku nak bayar, aku jumpa kawan lama aku, tu yang aku berborak lama sikit dengan dia, jelas Fazli lagi. Aku jumpa awek yang pakai gelang hijau tu, aku tolong dia tadi, kata Adam ringkas. Wah..perkembangan yang bagus, patutla kau angau semacam, sambil tersenyum kepada rakannya itu.


Adam yang sejak tadi terbaring di sofa asyik memikirkan kejadian yang berlaku semalam. Hani!!! Adam bingkas bangun. Adam mengenggam gelang hijau di tangannya. Baru aku ingat, kawan dia panggil dia Hani,bisik hati Adam. Hai hati..kenapalah kau tak keruan sejak pertama kali kau melihat gadis gelang hijau tu. Apakah aku dah jatuh cinta pandang pertama?? Hani...Adam tertidur..tapi hatinya masih membisik-bisikan nama gadis itu.


Sementara itu Hani mundar-mandir di dalam bilik tidurnya. Ish, mana pulak aku letak gelang ni, tak kan tercicir pulak, keluh Hani. Hani khuatir papa akan memarahinya kerana gelang hijau itu pemberian khas orang tuanya semasa hari jadinya yang ke 20. Gelang jed hijau itu sangat cantik dan ditempah khas dari China. Gelisah Hani dibuatnya. Mungkin gelang tu tercicir masa aku kene tarik dengan orang gila tu agaknya , fikir Hani. Dia mengimbas kembali waktu kejadian itu berlaku. Otak kecilnya ligat berfikir. Aku lupa nak tanya nama pemuda tu, dahla nombor telefon dia pun aku tak sempat nak mintak.Aku terhutang budi dengan dia , ucap Hani sambil tersenyum.




Yelah,aku dalam perjalanan la ni, dah sampai shopping kompleks dah,kata Hani selepas menjawab panggilan telefon daripada Najwa. Dia agak kelam kabut selepas terlewat untuk berjumpa dengan kawan karibnya itu. Semua gara-gara mencari gelangnya yang hilang. Otaknya masih memikirkan soal gelang kesayangan itu. Sedang Hani memasukkan telefon bimbit ke dalam tas tangannya, tiba-tiba, Hani terlanggar seorang pemuda. Habis berterabur semua buku yang di bawa lelaki itu. Eh, encik maafkan saya,kata Hani dengan nada yang kesal kerana tingkah lakunya. Dia mengutip buku lelaki itu. Nah, bukunya.Maafkan sa..eh awak? Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Hani seolah-olah terkedu kerana melihat pemuda yang sangat dikenalinya itu. Adam hanya tersenyum melihat wajah Hani yang sudah kemerah-merahan. Tak apa, awak tak sengaja kan, ucap Adam memujuk Hani daripada terus rasa bersalah. Awak nak ke mana?soal Adam. Saya nak jumpa kawan dekat food court. Sama la, saya pun nak ke sana, jumpa sepupu saya, nak bagi pinjam buku-buku ni. Mereka berjalan seiringan ke pintu lif. Agak sesak suasana dalam lif yang kecil itu. Hani mencari ruang yang selesa untuknya bersandar. Di sebelahnya ada seorang lelaki yang agak muda, memakai celak, merenungnya sambil tersenyum. Hani berpura-pura tidak nampak. Adam berdiri berhampiran Hani. Dia juga melihat perlakuan lelaki itu. Semakin lama, lelaki muda itu semakin rapat dengan Hani. Tangannya juga hampir mengenai pinggang Hani.Muka Hani merah padam. Kalau diikutkan hati, mahu di lempangnya lelaki itu. Belum sempat lelaki itu meneruskan niat buruknya, Adam dengan pantas menarik Hani merapatinya. Walaupun terkejut dengan tindakan Adam itu, tetapi Hani lega kerana terselamat dari menjadi mangsa lelaki muda tersebut. Dia merenung tepat ke mata Adam. Jantungnya berdegup kencang. Ting!! Bunyi lif tiba di tingkat 5. Hani menarik nafas lega. Maafkan saya, ucap Adam. Langkah Hani terhenti. Em, tak apa, sekurang-kurangnya saya terselamat daripada budak tu tadi, terima kasih...err..
Adam!! Adam menyambung ayat Hani. Dia menghulurkan tangan. Hani menyambutnya. Saya Hani. Adam mengangguk, tersenyum.


Adam!! Kelihatan dari jauh seorang lelaki merapati Adam. Sorry, aku lambat sikit, ujar Afiq. Afiq adalah sepupu Adam yang baru pulang dari luar negara. Mereka berpelukan. Hani hanya tersenyum melihat mereka berdua. Eh, ko tak nak kenalkan ke awek kau kat aku Dam?soal Afiq sambil memandang Hani yang diam dari tadi. Kau ni, tak habis-habis nak kenakan aku ye Fiq, balas Adam. Kenalkan ni Hani, kawan aku. Hani, ni lah Afiq, sepupu saya. Hai,ringkas Hani menegur Afiq. Telefon Afiq berdering, dia meminta diri. Saya minta diri dulu lah Adam, insyaallah nanti jumpa lagi, kata Hani. Baiklah, jawab Adam. Dalam hatinya, mahu sahaja dia menghalang gadis itu dari pergi, tapi apakan daya.


Hai Najwa, sorry lambat, tegur Hani. Tak apa, lagipun orang yang aku nak kenalkan kat kau tu tak sampai lagi, balas Najwa. Siapa?soal Hani. Kau tak cakap pun kau nak bawa aku jumpa orang. Najwa tergelak kerana melihat reaksi kawannya itu. Orang yang aku nak kenalkan kat kau ni, istimewa sangat dalam hidup aku, bertahun-tahun aku tunggu tau, jelas Najwa. Dari jauh Hani melihat Adam bersama Afiq. Kenapalah aku tak bagi je nombor telefon aku tadi,erm..ntah-ntah dah ada buah hati,soal hati kecilnya. Kedua pemuda itu semakin merapati meja tempat dia dan Najwa duduk. Sayang, sorry abang lambat, Afiq memegang bahu Najwa sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya. Hani dan Adam terkejut melihat perlakuan pasangan itu. Najwa dan Afiq sebenarnya pasangan kekasih. Adam pula tidak menyangka sepupunya itu adalah buah hati Najwa, kawan Hani. Eh, Mr. Superman!! Najwa menegur Adam. Afiq pelik dengan teguran kekasihnya itu. Superman??dia menyoal. Sambil Najwa menerangkan secara ringkas tentang peristiwa Hani diselamatkan oleh Adam, Adam mengambil tempat duduk di sebelah Hani. Mata mereka bertentang lagi. Saya tahu sepupu Afiq nama Adam, tapi tak tahu la pulak Mr. Superman ni orangnya, ucap Najwa sambil tersenyum. Afiq tergelak mendengar kenyataan Najwa. Hani masih lagi berdiam diri. Tidak menyangka dunia ini terlalu kecil sehinggakan orang yang pernah menyelamatkannya mempunyai hubungan rapat dengan kekasih kawan karibnya sendiri.




Kenapa you  tak tumpangkan je Adam tadi?soal Najwa kepada Afiq. Alah, biarlah dia tumpang Hani. Manalah tahu cinta berputik lepas ni,jawab Afiq sambil tersenyum. Najwa mengerti niat kekasihnya itu. Dia juga suka kalau ditakdirkan Hani dan Adam jatuh cinta.
Maaflah terpaksa menyusahkan awak hantar saya balik, kata Adam. Saya tak kisah, lagipun saya dah terhutang budi dengan awak, balas Hani. Mereka berbual-bual mesra sepanjang perjalanan.


Terima kasih sebab hantarkan saya, ucap Adam. Hani tersenyum dan mengangguk. Keretanya melucur laju. Adam!! Dari muka pintu kelihatan Fazli melaung. Apa hal malam-malam buta kau datang umah aku ni.Fadzli pelik melihat reaksi Adam. Fadzli yang mendengar bunyi deruman enjin kereta di hadapan rumahnya, tergerak hati untuk membuka tingkap. Ketika itu dia melihat Adam berdiri di depan pintu pagar rumahnya.  Nanti aku ceritakan pada kau, tapi sebelum tu aku nak tumpang tidur kat sini malam ni boleh?soal Adam. Macam-macam lah kau ni Am, dah cepat masuk, seram sejuk pulak aku dibuatnya, kata Fadzli.

No comments:

Post a Comment