Thursday, December 24, 2009

Fantasi Cinta - Episod 3

Sudah 2 bulan perkenalan mereka. Hani mula dapat merasakan perasaan asing dalam hatinya. Ntah mengapa setiap kali dia bertemu Adam, jantungnya berdegup kencang. Nafasnya seakan sesak. Sepanjang perkenalan itu, mereka mengenali hati budi masing-masing. Apa yang menghairankan Hani, jejaka itu penuh misteri. Cerita latar belakang mengenai Adam tidak banyak yang diketahuinya. Dia pernah bertanya hal keluarga Adam tetapi jejaka itu hanya menjawab acuh tak acuh. Seminggu Adam senyap tanpa khabar berita. Hati Hani mula dihimpit rindu. Wajah tampan jejaka yang berwajah iras-iras pelakon tanah air Farid Kamil mula terbayang di fikirannya. Nombor telefon telah dihubunginya banyak kali, namun hanya mesej suara yang menjawabnya. Baru sahaja Hani bangun daripada tempat tidurnya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama pemanggil yang tertera adalah nama orang yang dirinduinya. Adam Daniel. Tanpa berlengah, Hani mengangkat panggilan telefon itu. Assalamualaikum.Adam memulakan bicara. Waalaikumussalam, jawab Hani. Hani, saya minta maaf sebab tak jawab panggilan awak. Saya ada urusan yang perlu diselesaikan. Lagipun saya berada di luar kawasan. Bila balik rumah baru saya perasan mesej dan panggilan awak, jelas Adam. Oh, saya ingat saya dah tersalah nombor,balas Hani ringkas dengan nada seolah memerli. Adam tergelak mendengar jawapan gadis itu. Awak rindukan saya ke?soal Adam dengan niat bergurau. Eh, ke situ pula, saya nak mengajak awak makan malam di rumah saya esok. Awak ada apa-apa rancangan ke malam esok? Soal Hani tenang walaupun hatinya berdegup kencang dan  mukanya merah kerana malu dengan gurauan Adam. Dalam hati dia mengiyakan perasaan rindunya pada jejaka itu. Tak, saya ada masa. Baiklah, malam esok saya datang, jawab Adam. Perbualan mereka berlanjutan sehingga tengah malam. Rindu yang terpendam akhirnya terubat dengan perbualan telefon pada malam itu.


Cantik anak mama malam ni, puji Datin Aishah mencuit hidung kecil anaknya itu. Hani mundar mandir di ruang tamu banglo mewah itu. Hatinya berdebar. Bunyi loceng mengejutkan lamunannya. Hani membuka pintu. Adam Daniel datang dengan sejambak bunga di tangannya. Lantas dia menghulurkan jambangan bungan lily itu kepada Hani. Hani mencium bunga kesukaannya itu. Harum. Dia sedar Adam memerhatikan tingkah lakunya. Hani malu sendiri. Dia mempersilakan Adam masuk. Belum sempat dia mengiringi Adam ke ruang tamu, bunyi loceng sekali lagi mengejutkannya. Pantas Hani berpaling dan wajahnya pucat melihat susuk tubuh dan wajah yang sangat dikenalinya di muka pintu itu. Alif Haikal. Lelaki yang dulunya pernah bertahkta di hati Hani Umairah. Hani terkedu. Hatinya yang mula bernafas kini sesak apabila bayangan lama muncul kembali.


Peristiwa 2 tahun lepas berlegar-legar di ruangan mindanya. Alif, kenapa tiba-tiba buat keputusan mendadak macam ni? Alif bergurau dengan Hani kan? Berulang kali Hani menanyakan soalan yang sama kepada Alif. Dia seolah tidak percaya apabila lelaki yang sangat dicintainya itu berubah hati dan mahu memutuskan hubungan mereka. Hani mula menitiskan air mata. Dia terduduk. Alif memegang bahu Hani. Hani, Alif tak tahu apa yang Alif patut buat sekarang. Alif buntu dan keliru dengan perasaan Alif sendiri. Alif sayangkan Hani tapi hati Alif tak boleh lupakan bekas kekasih Alif. Alif ingat Alif dah boleh lupakan dia tapi bila dia kembali merayu pada Alif, Alif tewas. Maafkan Alif. Alif hargai semua kenangan kita. Alif nak Hani tahu yang rasa sayang Alif pada Hani selama ni ikhlas daripada hati Alif. Hani bingkas bangun. Sudahlah, kalau memang ini kehendak Alif, Hani redha. Semoga Alif bahagia. Mulai hari ni, anggaplah kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Dan mulai hari ni juga, Alif Haikal tak pernah wujud dalam kamus hidup Hani Umairah, tegas Hani menuturkan kata bersama linangan air mata. Hani!! Alif menarik tangan Hani yang cuba berlalu. Pantas Hani menepis. Alif hanya mampu melihat langkah longlai Hani Umairah meninggalkannya.

Hani!!Kenapa tercegat kat situ, soal Datuk Hakim. Jemput Alif masuk. Papa Hani pelik melihat suasana tegang di ruang tamu rumahnya itu. Hani lantas tersedar dari lamunannya. Err..jemput masuk. Mendatar nada suara gadis ayu itu. Luka lama berdarah kembali. Apa tujuan Alif ke sini, soal hatinya. Dia segera menghampiri Adam dan membisikan sesuatu. Adam mengangguk. Alif hanya memerhati. Papa, ni lah Adam Daniel. Adam, ni papa Hani. Mereka bersalaman. Datuk apa khabar?soal Adam. Ish, tak payah formal sangat Adam, panggil uncle sudah, gelak Datuk Hakim sambil menepuk lembut bahu anak muda itu. Datuk Hakim merupakan pemilik syarikat HA Palace. Berumur 50 tahun tetapi masih segak seperti umur 40-an. Datuk Hakim mendengar cerita mengenai Adam daripada Datin Aishah. Maklum sahaja isterinya sangat rapat dengan puteri tunggalnya itu. Semua cerita dikongsi bersama termasuk peristiwa Adam menyelamatkan puterinya itu. Alif yang diam dari tadi turut menghulurkan tangan untuk bersalam dengan papa Hani. Sebenarnya papa terjumpa Alif dekat pejabat hari ni, jadi papa ajak Alif makan malam dengan kita, jelas Datuk Hakim. Hani mengangguk. Datuk Hakim melihat anak perempuannya itu diam seribu bahasa. Alif kenalkan ni Adam, ringkas Datuk Hakim memperkenalkan jejaka itu. Adam ni..belum sempat Datuk menyambung ayatnya, Hani bingkas menyambung, teman lelaki saya. Jari halusnya mencubit lembut lengan Datuk Hakim seolah memberi isyarat. Datuk Hakim tersenyum dan mengangguk. Dia paham betul perangai anaknya itu. Hani tidak menyalahkan papanya kerana Datuk Hakim tidak tahu mengenai hubungan mereka yang terputus di tengah jalan. Lagi pula Hani memberitahu papanya bahawa mereka hanya berkawan.

Hani ke dapur sementara yang lainnya berbual di ruang tamu. Adam dah datang? Soal Datin Aishah yang dari tadi sibuk menyiapkan juadah bersama pembantu rumahnya. Hani mengangguk. Wajahnya yang berseri kian muram. Kenapa anak mama ni?pelik Datin Aishah melihat Hani. Mama, bukan Adam je yang datang. Tapi Alif pun datang sekali. Alif???terkejut mamanya mendengar nama itu. Dia tahu pemuda itu yang pernah mengecewakan hati kecil anaknya itu. Papa tak cakap pula dengan mama, mesti last plan ni, ujar Datin Aishah memujuk anaknya. Tak apa, Hani buat macam biasa sajalah sayang. Lagipun Adam ada kan, dia mengelus lembut bahu anak kesayangan itu.

Sepanjang makan malam, Hani hanya diam. Sesekali dia bersuara. Itu pun apabila ditanya oleh papanya. Alif sendiri rasa bersalah kerana menerima undangan Datuk Hakim. Dia sebenarnya tidak mahu melukakan hati wanita yang pernah disayanginya dulu. Melihat Adam yang begitu baik melayan Hani, hati Alif mula dihimpit cemburu. Hani berpura-pura bahagia di samping Adam. Sememangnya dia bahagia tetapi sengaja menunjukkannya di hadapan Alif. Biar jelas kelihatan bahawa dia tidak pernah merana ditinggalkan Alif walaupun pada hakikatnya dia pernah terluka.

Adam kerja apa??soal Datin Aishah. Er..Adam kerja syarikat biasa je Datin. Alah, tak payah panggil Datin, panggil je mama. Nanti pun nak kena panggil mama juga kan. Betul tak papa? Datuk Hakim mengangguk.Adam tersenyum malu. Walaupun sedikit terkejut tetapi dia dapat membaca isi hati wanita 40-an itu. Keluarga Hani sangat merendah diri walaupun mereka golongan berada. Hani hampir tersedak mendengar ucapan mamanya. Datin Aishah tersenyum puas. Dia tahu anaknya itu terkejut tetapi sengaja dia memberi peluang itu kepada Adam supaya dapat membuka mata Alif Haikal. Air mata anaknya ketika memeluknya di hari perpisahan mereka amat melukakan hati nalurinya sebagai seorang ibu. Alif meneguk air di dalam gelasnya. Hatinya semakin meronta-ronta. Alif cuba mencari peluang untuk bercakap dengan Hani. Ternyata wanita itu setia di samping Adam Daniel. Hani mengalihkan pandangan mata setiap kali bertentang mata dengan Alif Haikal. Sakit hatinya masih belum sembuh. Tidak lama selepas makan malam, Alif meminta diri dengan alasan dia harus menemui rakannya. Hani menarik nafas lega.

Hani menemani Adam sehingga ke luar pagar. Adam, maafkan Hani, tak tahu pula papa jemput Alif datang sekali malam ni , ujar Hani lembut. Tak apa, saya tak kisah, bagus juga sebab dapat berlakon lagi sekali , tak jadi tunang, dapat jadi boyfriend pun jadilah. Balas Adam sambil ketawa. Hani mencubit lengan Adam sehingga pemuda itu mengaduh kesakitan. Padan muka, kata Hani sambil mentertawakan reaksi Adam. Adam menyerah kalah, dia mengangkat tangan. Hani tersenyum. Ketika bersama Adam Daniel, nama Alif Haikal langsung lenyap daripada ingatannya. Adam mengambil kotak hadiah di dalam keretanya. Dia menyerahkan kepada Hani. Untuk apa? Soal Hani. Nak bagi girlfriend sendiri pun kena ada sebab? Hani terkejut. Adam ketawa melihat muka gadis comel itu. Belum sempat Hani menyinggahkan cubitan berbisanya sekali lagi ke lengan Adam, dengan pantas jejaka itu mengenggam pergelangan tangan Hani. Adam mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dia memakaikan gelang hijau itu kepada Hani. Gadis itu tergamam. Gelang ni..Hani tidak sempat menghabiskan ayatnya. Saya terjumpa masa tu dan sekarang masa yang sesuai untuk pulangkan pada awak, ujar Adam. Saya harap saya tak perlu berlakon lagi untuk jadi tunang atau boyfriend awak, luah Adam. Saya tahu terlalu awal untuk saya luahkan semua ni tapi sudi tak awak bagi saya peluang untuk jadi watak yang sebenar??soal Adam. Hani masih lagi terdiam. Maafkan saya Adam, saya tak boleh...Adam mengangguk paham. Dia tahu permintaannya itu terlalu awal untuk hubungan mereka. Hani tersenyum. Saya tak boleh....tolak permintaan awak tu, jelas Hani. Dia ketawa kerana dapat mengenakan Adam dengan kenyataannya itu. Hani bahagia kerana dia juga mengharapkan Adam mengetuk pintu hatinya yang sekian lama terkunci. Adam menepuk dahinya kerana terperdaya oleh kenyataan Hani. Mereka ketawa bersama. Adam Daniel dan Hani Umairah bertentang mata. Dua hati bersatu. Harapan mereka menjadi nyata.


Hani membuka kotak hadiah pemberian Adam. Sehelai selendang biru berlipat elok di dalamnya.Selendang biru lembut itu dikeluarkan dan  diletakkan di atas kepala. Cantik. Sulam tangan bunga-bunga kecil putih di tepi selendang menampakkan lagi wajah ayu Hani Umairah. Datin Aishah yang kebetulan melewati bilik tidur anak perempuannya sempat menjenguk puterinya yang sedang tersenyum sendiri sambil menelek hadiah pemberian Adam. Dia hanya tersenyum melihat Hani yang asyik dibuai angan-angan. Hatinya mendoakan kebahagiaan Hani bersama jejaka yang benar-benar dapat menjaga dan membimbing anaknya itu. Dia tidak mahu peristiwa lama Hani bersama Alif berulang lagi. 


No comments:

Post a Comment