Sunday, December 20, 2009

Fantasi Cinta - Episod 1

Malam tu mama mengajak Hani menemaninya untuk mengisi minyak kereta. Ketika sedang mengisi minyak kereta Hani sedar ada sepasang mata yang sedar memerhatikannya.Hensem juga mamat dalam kereta ni tapi tak jelas sangat muka dia,bisik hatinya .Ah,bukannya dia tengok aku pun,paling-paling dia gelakkan aku sebab mama tolong aku tutupkan tangki minyak tu.Hani,cepatlah apa yang termenung lagi tu.Hani tersentak, lantas masuk ke dalam kereta.

Eh Am,asal ko ni?Kene sampuk ke?soal Fazli sambil menepuk bahu rakannya itu. Mana ada, aku ok je la. Okey la sangat, dah macam orang mati bini aku tengok kau ni Am, tambah Fazli lagi.

Mak ai ramainya orang hari ni, mesti semua kebulur sampai sesak food court ni,luah Najwa. Ala, kau pun sama kebulur macam diaorang kan,tanya Hani sambil diiringi gelak tawa Aina. Mereka mencari-cari tempat duduk. Kat hujung sana kosong, jom, ajak Najwa sambil menarik tangan Hani dan Aina. Sakitlah Najwa,kuat sangat kau tarik tangan aku, kata Hani sambil mengurut pergelangan tangannya. Oopss..sorry..hehe..aku takut orang ambik tempat tu nanti, jawab Najwa.

Gelang tu!!Hampir tersembur air yang dihirup Fazli bila mendengar Am sedikit menjerit. Dia menumpukan anak mata ke arah sekumpulan budak perempuan di gerai hujung food court itu.
Fazli pelik melihat gelagat sahabatnya yang tiba-tiba berubah. Tadi macam mati bini, ni macam tengok bini kau hidup balik,gila lah kau ni Am,kata Fazli. Budak perempuan tu Li,aku cam dia,aku cam gelang hijau yang dia pakai tu. Malam tu aku terserempak dengan dia kat stesen minyak. Aku perasan gelang dia masa aku tengok dia isi minyak, sedaya upaya Am menerangkan kepada Fazli. Ish, kau ni, macam la dia seorang je yang pakai gelang tu, Fazli menafikan kenyataan rakannya itu. Tak...aku tau tu dia,aku kenal mata dia,kata Am. Hatinya kini sedikit berbunga riang, perasan resahnya sejak malam tadi kini terubat selepas melihat gadis yang memakai gelang hijau itu.

Eh,korang perasan tak mamat kat meja sana tu asyik pandang kita je, bisik Aina sambil matanya melirik memberi isyarat kepada dua orang rakannya. Hani dan Najwa memerhati ke arah yang ditunjukkan Aina. Kau ni mula la nak perasan, manalah tahu dia tengok orang lain, ujar Hani. Mestilah dia tengok aku, kata Najwa dengan nada bergurau. Perasan!! Serentak Hani dan Aina berkata. Mereka bertiga ketawa.

Selesai minum, eh aku nak pergi beli topup kejap, kata Aina.Aku nak ikut,tambah Najwa. Hani mengelengkan kepala melihat karenah sahabatnya yang seorang itu. Aku tunggu dekat kereta, pesan Hani. Sambil melihat jam di telefon bimbitnya, tiba-tiba datang seorang lelaki menegur Hani. Hai dik, seorang je ke?Tunggu siapa? Hani berpura-pura tidak mendengar pertanyaan lelaki itu. Lelaki itu semakin menghampirinya. Ya allah, selamatkan aku,hatinya tidak berhenti-henti berdoa. Dia cuba melarikan diri tapi pergelangan tangannya disentap  lelaki itu. Sedang dia bergelut untuk melepaskan tangannya, tiba-tiba datang seorang lagi pemuda. Adam berdiri tidak jauh dari mereka. Oit!!Lepaskan dia!! Pekik Adam.Kau siapa??Jangan nak sibuk hal aku!!jerit lelaki yang masih lagi mengenggam tangan Hani. Hani hampir menangis. Aku tunang dia, kenapa pulak aku tak boleh sibuk hal kau?? Yang kau pegang tu tunang aku!!!balas Adam. Baru sahaja dia hendak menerpa ke arah mereka , lintang pukang lelaki itu melarikan diri. Terjelepuk Hani jatuh kerana ditolak lelaki tidak siuman itu.

Awak tak apa-apa??soal Adam sambil menghulurkan tangan untuk membantu Hani bangun. Tangan yang ikhlas untuk membantu itu disambut Hani dengan sedikit teragak-agak. Terima kasih banyak,kalau awak tak ada tadi, saya tak tahulah apa yang akan jadi, ucap Hani. Awak kan tunang saya, mestilah saya kene tolong,balas Adam sambil tersenyum. Hani yang masih lagi trauma dengan kejadian tadi masih mampu tergelak dengan jenaka pemuda itu. Erm...nama saya..belum sempat Adam menghulurkan tangan. Hani!!!jeritan Najwa dan Aina mematikan niat Adam. Kenapa lutut kau berdarah??? Tanya Najwa. Weh..kau buat apa kat kawan aku hah??pekik Najwa smbil menolak Adam. Najwa!! Dia yang tolong aku tadi, kalau tak aku dah kena bawa lari dengan orang gila!! Kata Hani sedikit menjerit kerana terkejut dengan tindakan kawan baiknya itu. Najwa terdiam.Hah!! Ada orang gila kacau kau?? Kau okey?? Dia buat apa-apa tak?? Bertubi-tubi pertanyaan Aida. Dah,nanti aku ceritakan,jom balik, nanti mama aku risau pulak. Najwa, kau tolong drive ok, kaki aku sakit lagi. Terjengket-jengket Hani masuk ke dalam kereta. Dia membuka cermin tingkap.

Awak,terima kasih lagi sekali, ucap Hani sambil menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Adam. Sama-sama, balas Adam. Hatinya berdegup kencang melihat senyuman manis gadis itu. Eh,Mr.Superman, sorry pasal tadi, kata Najwa kepada Adam sambil memandu pulang kereta Hani.

Oi Am!! Fazli menepuk belakang Adam. Adam tersentak dari lamunan. Arghh...!! Kenapa la aku lupa nak tanya nama dia tadi..nama aku pun aku x sempat nak kenalkan,ish..bodoh betul la aku ni, keluh Adam. Kau ni kenapa, aku terlambat sikit je kau dah sawan macam orang gila, tanya Fazli. Tadi masa aku nak bayar, aku jumpa kawan lama aku, tu yang aku berborak lama sikit dengan dia, jelas Fazli lagi. Aku jumpa awek yang pakai gelang hijau tu, aku tolong dia tadi, kata Adam ringkas. Wah..perkembangan yang bagus, patutla kau angau semacam, sambil tersenyum kepada rakannya itu.

1 comment: